Thursday, May 27, 2010

Imam Muda di Astro Oasis

KUALA LUMPUR: Sepuluh orang calon Imam Muda terunggul yang dicari oleh saluran gaya hidup famili Islam; Astro Oasis melalui sesi pencarian dalam usaha untuk memecah tradisi bagi memulakan sebuah perjalanan kehidupan telahpun dikenal pasti.


Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah :

Amiril Md Banin, 25, Kuala Lumpur;

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang;

Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan;

Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah;

Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah;

Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan;

Nuri Ali Arbain, 25, Pahang;

Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak;

Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan

Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

baca lagi di : mStar Online


Alhamdulillah...selama beberapa hari aku tengok rancangan Imam Muda (sesi ujibakat) di Astro Oasis, nampaknya rancangan ini adalah sesuatu yang bagus n asli. Malah, ia adalah rancangan yang pertama di dunia yang mengetengahkan konsep yang seperti ini.

Yang xleh blah, siap ada dak UTPianz yang g audition. Fuh, respect sama lu r bro! Sempoi je.. Tshirt n Jeans pun dah cukup...steady r!

So, kepada teman2 blogger sumer, marilah kita sama2 saksikan Imam Muda yang akan diarkan serentak di 4 channel

  1. Astro Oasis (saluran 106)
  2. Astro Ria (saluran 104)
  3. Astro Prima (saluran 105)
  4. Asto @15 (saluran 109)
bermula 28 Mei 2010 (jumaat ini) jam 9 malam!

Setidak2nya, tidaklah kita bosan dengan realiti show yang ada di kaca TV pada masa sekarang. Masing2 cuma mencari bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan sahaja.



5 comments!:

Unknown said... BALAS

Aku pun baru je tengok 1 episod sbb kebetulan aku tngah makan kat kedai..mmg best!!!sgt best!tapi malangnya aku takde astro..huhu

bidadariMu said... BALAS

imam muda! terbaik!! =))

bidadariMu said... BALAS

mintak2 laa tak jd kat Msia..

bidadariMu said... BALAS

imam muda! sweettt astro oasis..=)

akuvision said... BALAS

Imam Muda, episod pertama sudah cukup mengujakan dan menempatkan rancangan ini lebih tinggi martabatnya. Agar rancangan ini memberi manfaat kita bersama, menguruskan jenayah merupakan fardhu kifayah yang perlu kita tahu sebagai umat Islam.