Pages

Tuesday, December 28, 2010

Review Filem Gulliver's Travels in 3D - Hilang Kacak Bila Tengok Filem Ni!


Tadi berkesemptan untuk menonton Gulliver's Travels kat Mahkota Parade, Melaka
Dah xde filem lain yang best, so layan jela.
Fuh, cuma ada yang 3D je.. so amek jela walaupun RM 17 untuk 1 tiket.


Ok.. Gulliver's Travels adalah sebuah filem terbaru arahan Rob Letterman yang diadaptasikan daripada novel popular yang ditulis oleh Jonathan Swift pada tahun 1726.
  • Menceritakan tentang seorang penghantar surat bernama Lemuel Gulliver ( Jack Balck ) yang mempunyai perasaan terhadap Darcy Silverman ( Amanda Peet ), seorang editor untuk ruangan cerita perlancongan.
  • Beliau ditugaskan untuk mengembara ke Segitiga Bermuda bagi menulis report tentang pulau-pulau yang terdapat di sana setelah menipu Darcy bahawa dia adalah penulis yang hebat.
  • Semasa pengembaraan di laut, dia telah mengalami kemalangan dan kemudiannya terdampar di sebuah pulau yang dihuni oleh manusia2 kecil yang bernama Pulau Liliput.
  • Setelah menyelamatkan penduduk Pulau Liliput daripada ancaman musuh, Gulliver telah dianggap sebagai wira.
  • Namun, dek kerana telah menipu tentang status sebenar dirinya, ia telah menyebabkan penduduk Liliput hilang kepercayaan kepada beliau.
  • Dapatkah Gulliver mengembalikan kepercayaan penduduk Liliput kepadanya semula?
Bagi aku, filem ni xdelah best mana pun.
Biasa2 je... dan xdelah teruk mana pun.
Macam yang aku cakap tadi, biasa2 je...
Jalan cerita pun boleh diteka dan takde saspens....
Mungkin sebab target nak tayang untuk budak2 masa cuti Krismas ni kot...

Dan yang aku paling tak berkenan pasal filem ni: Spek 3D
Adeh... bukannya banyak sangat pun babak2 yang mengujakan dengan 3D
Sama saja 3D dengan 2D...
Bertambah leceh bagi aku yang kacak berkaca mata ni.
Tak pasal2 kena pakai 2 spek...
Tak ke hilang kacak 2 kan?

Keseluruhan, filem ni ok2 jela...Takdelah gempak mana pun
Walaupun ada jugak babak2 yang sedikit membosankan, tapi ok la..
Bolehlah diterima sikit2.
Ni pendapat aku jela.. tak tau la korang punye pendapat macam mana.
Rating: 2.5 / 5 Bintang.

Tryla tengok Trailer filem ni dulu.
Mana tahu, korang suka kan?



Lepas puas tengok wayang, makan Prosperity Burger di McD...
Aduh, pedassss!
Korang dah try? So, amacam?


Dahaga lagi?
Pekena minuman WAJIB para blogger...
Cool Blog! Yeah, yang ni sangat suka!

Kekecewaan menonton Gulliver's Travels terubat dengan Cool Blog.



p/s: Filem apa lagi yang best eh? Cadangkan sikit...
Lepas ni, tak nak lah tengok filem tanpa tengok review daripada blog2 lain dulu.
Kang tak pasal2, membazir je...


56 comments:

  1. aku pun x rasa best tgk cite ni dalam 3D.
    kalau tron ye lah ;D

    ReplyDelete
  2. ouh minuman wajib para blogger ialah cool blog eh..
    hahaha
    baiklah!

    ReplyDelete
  3. ak xnk cite bro...
    nk perosperiti je tu...best!

    ReplyDelete
  4. part makan n mi um yg wat terliur tu

    ReplyDelete
  5. Serius tak berbaloi bayar lebih 8 ringgit untuk spek 3d cite ni...serius tak terasa sangat beza 3d ke 2d ke kalau layan cita ni...

    AKu siap bukak spek lagi,eh takde beza pun...damn!

    ReplyDelete
  6. saye notice sesuatu..
    kat pergelangan tangan awk..
    thanx dear :)
    bagi rating ckit je, tgk trailer pun mcm biase2 je hehe

    ReplyDelete
  7. "Filem apa lagi yang best eh? Cadangkan sikit...
    Lepas ni, tak nak lah tengok filem tanpa tengok review daripada blog2 lain dulu.
    Kang tak pasal2, membazir je..."


    Apa lagi, 2alam ler bai hahaha!

    ReplyDelete
  8. @Anwar Suran 2 alam????

    klu wat 3D atau 4D
    confirm aku tgk!

    ReplyDelete
  9. wah rajin nye wat review....huhu....ape pown best nyer la hai dapat tengok wayang...mira baru sekali tengok wayang...caye tak??heheheh


    salam kenal tuan belog.mira singgah sini coment2 kamu....nice to know your blog....:)

    ReplyDelete
  10. ehem abg kacak..hehe..tak best ea? aku rasa satu slack besar cerita ni jack black berlakon..sangat tak berminat =.=

    ReplyDelete
  11. @faiz 2 la
    kadang2 rasa kelakar
    kadang2 rasa annoying pn ada gak

    ReplyDelete
  12. ala tak best ke? bru ingat nak tgok ngan bunny besok hehe

    ReplyDelete
  13. @shazzy :) haha
    xper
    g jela tgk...

    ok je
    bknnye x best lgsg pn

    ReplyDelete
  14. naseb bek tak p tgk wayang lagi.. adik2 ade gak kate nak tgk cite ni..
    tak mau la..nak tgk tron

    ReplyDelete
  15. cerita ni laju..perkembangan cerita kurang.. tapi ada time gelak sakan gak la..time dia padam api tu..terbahak2 satu wayang gelak..

    tapi nasib baik aku tengok cite ni haritu, dari tengok tron yang bosan gaban.

    tron aku donlod je :D

    ReplyDelete
  16. aku xpernah tgk 3d.. tmbh bila kau ckp kena pakai spek 2 skali.. xkacak lah ku.. haha..

    ReplyDelete
  17. I'm waiting for hikayat merong mahawangsa next year...
    huhu

    ReplyDelete
  18. tak berapa suka la nak tgk filem dalam 3D.. macam payah aje.. 30hb ni nak tgk the tourist.. tengah tunggu hikayat merong mahawangsa juga..

    ReplyDelete
  19. baru semalam gi tgk cerita ni, cerita ni boleh lah, ramai kata best, tapi tak de la best mana.. yang best nye sebab ada lah kelakar nya..

    " i am kidnap! " ahahhahaha

    ReplyDelete
  20. hehehe, kalau dah tak best tu, malas la nak pegi tengok. buang masa & duit jer. hihihi

    ReplyDelete
  21. adik aku pun ckp citer nie xbest even die terpaksa repeat tgk citer nie sbb keje kat wayang..hehee

    ReplyDelete
  22. bagi cikbelog citer tu tak de la bes sangat.hehe..eh cool blog bes sangat2 :D

    ReplyDelete
  23. WAJIP caps lock lagi hihihi

    okay okay pasni kena try nih

    ReplyDelete
  24. mak aih mahal...mcm best citer ni.. best ke tgk kat MP. kalu gsc dataran pahlawan lg selesa..rasanye lah..

    ReplyDelete
  25. sedapnye prosperety!!!! tibe2 lapar =="

    menyesal tgk entry nie..hehe juz kidding lol!

    ReplyDelete

LIKE Fanpage Admiral'z Legacy Di Facebook untuk update terbaru blog ya!